ISTIQAMAH MEREALISASIKAN AZAM

Dollarphotoclub_87979793-2Setiap kali datangnya tahun baru maka semua orang bercakap tentang azam.  Sudah menjadi satu budaya dan seolah-olah satu kemestian iaitu tahun baru memerlukan azam baru.  Sedangkan azam tahun sebelumnya pun mungkin banyak yang tidak dicapai.  Antara punca kegagalan mencapai azam ialah sikap diri sendiri yang bersemangat ketika memulakan azam tetapi kemudiannya lesu.  Sebab itulah sesuatu azam itu tidak mungkin dapat dicapai dengan semangat.  Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya turun.  Mereka yang hadir ke kelas-kelas motivasi biasanya bersemangat pada awalnya tetapi seminggu dua selepas itu kembali seperti biasa.  Apa yang penting adalah istiqamah atau konsisten.  Hukum kejayaan adalah pada tindakan.  Ada tindakan ada hasil tiada tindakan tiadalah hasil.  Oleh itu, jika kita mampu istiqamah dalam tindakan maka akhirnya pastilah ada hasil yang dicapai.

Berikut adalah beberapa tip untuk kita istiqamah dalam usaha merealisasikan azam:

  1. Buat yang mudah dahulu barulah yang susah –  Apabila mencuba sesuatu yang baru, kita perlukan keyakinan.  Keyakinan hanya hadir apabila kita percaya pada diri kita sendiri bahawa kit aboleh melakukannya.  Oleh itu, mulalah sesuatu yang baru dengan perkara yang mudah.  Kemudian barulah ditingkatkan cabarannya.  Dengan melakukan perkara yang mudah maka risiko kegagalannya kecil.  Ini akhirnya mendorong kita melakukannya secara berterusan dan istiqamah.  Satu perkara lagi, ada ketikanya pekerjaan yang mahu dilakukan itu lebih mudah dilaksanakan jika dibahagi-bahagikan tugas. Oleh itu kenalpasti mereka yang boleh kita delegasikan tugas serta kuasa agar kerja menjadi lebih mudah.
  1. Bermula kecil kemudiannya besar – Azam mestilah besar barulah hati terdorong untuk bertindak.  Namun begitu sesuatu yang besar perlu bermula kecil dahulu jika belum ada pengalaman.  Ada ketikanya sifat tamak kerana mahukan untung besar memakan diri sendiri.  Apabila berhadapan dengan bidang baru atau cabaran baru maka ada baiknya kita dapatkan pengalaman dahulu.  Kemahiran dan pengetahuan yang diraih hasil daripada pengalaman ini akan memberikan kita keyakinan untuk terus mencuba.  Ada ketikanya kita berhenti berusaha kerana takut gagal.  Permulaan yang kecil bermakna risikonya juga kecil.  Lama kelamaan barulah terjun dengan lebih serius.
  1. Matlamat menghantui fikiran – Antara sebab kenapa azam tinggal azam ialah matlamat yang mahu dicapai itu tidak begitu menghantui jiwa.  Mereka yang berjaya sentiasa bertenaga apabila bercakap tentang azamnya.  Caranya, pastikan matlamat itu jelas, terperinci dan dapat digambarkan dalam fikiran.  Pastikan juga ia boleh diukur.  Maknanya tidak cukup untuk berkata, ‘Saya mahu tingkatkan keuntungan perniagaan’, tetapi sebaliknya nyatakan dalam angka berapa jumlah keuntungan yang dimahukan itu.  Tulis matlamat tersebut dan ceritakan dari semasa ke semasa kepada orang terdekat.  Kongsikan misi dan visi kita dengan pengurus dan pekerja kita. Matlamat yang menghantui fikiran membuatkan seseorang itu terus istiqamah berusaha.
  1. Kemahuan yang meluap – Peribahasa ada menyebut ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.  Tetapi jika jalannya sudah kelihatan sedangkan kemahuan tidak cukup meluap-luap maka akhirnya ada yang terhenti separuh jalan.  Sebab itulah semangat harus dibakar dari semasa ke semasa.  Caranya, fikirkan cukup sebab kenapa azam baru itu mesti dicapai walau dengan apa cara sekalipun.  Senaraikan sebab-sebab ini dan tulis sebagai ingatan bagi kita.  Kita sering mendengar ramai mereka yang berjaya hari ini datangnya daripada kesusahan hidup masa silam.  Sebenarnya, sama ada mereka sedar atau tidak, kesusahan hidupnya itulah yang menjadi penyebab utama mereka berusaha bersungguh-sungguh.  Ia satu sebab yang kukuh untuk berjaya.  Keengganan untuk terus berada dalam kemiskinan menjadi pembakar semangat dan membentuk jati diri yang kuat.  Hasilnya, istiqamah dalam usaha hingga tercapai azam dan matlamat.
  1. Pantau kemajuan yang dicapai – Dalam berusaha perlu ada sistem untuk mengukur pencapaian.  Dengan mengukur pencapaian dari semasa ke semasa maka kita tahu kedudukan kita dalam merealisasikan matlamat.  Ia membolehkan sesuatu dilakukan segera jika didapati apa yang dilakukan kurang berhasil.  Ia membolehkan kita mengambil tindakan awal bagi mengenalpasti sebarang kekurangan atau kelemahan yang perlu segera diperbaiki.  Barulah boleh istiqamah kerana kita tahu yang kita berada dilandasan yang tepat dan betul.
  1. Kekalkan fokus – Dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada.  Kita tidak boleh capai semua kehendak dalam satu masa.  Sebab itulah kita perlu selektif dalam menentukan apa yang mahu dicapai dan dilakukan.  Cuba melakukan terlalu banyak perkara dalam satu masa menyebabkan tiada apa yang dapat diselesaikan dan dicapai dan ini membuatkan kita kecewa.  Oleh itu pilih satu atau dua perkara yang besar dan bermakna untuk dicapai tahun ini dan kekalkan fokus seratus peratus untuk merelisasikannya.   Perasaan puas apabila berjaya merealisasikan impian membuatkan segala pelaburan, masa, tenaga dan pengorbanan amat berbaloi.  Hanya mereka yang pernah mencapainya sahaja yang memahami perasaanya.  Fokus memudahkan kita untuk istiqamah.

 

Iklan FB MAP-02

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s