Biodata

DTA_2000

Y.M. DR. HJ. TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD, A.M.T.
Public Speaker, Motivator, Trainer, Penulis dan Inspirator.

  • B. Engng (USM), Ph.D (Univ. Of Queensland, Australia)
  • Jurulatih Bertauliah PSMB (TTT/1529)
  • NLP Train The Trainer (Sejak Tahun 1994)
  • Certified ABNLP Coach, Practitioner, LAB Profiles, Timeline Therapy™ .
  • Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)
  • Founder dan Presiden KADIM (Kelab Anak Darul Iman Malaysia)
  • Founder dan Presiden Koperasi KADIM Berhad.
  • Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Hijrah Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kg. Seberang Takir pada 23 Jun 1964. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Pada tahun 1988, beliau menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan Ijazah di dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral.

Kecemerlangan akademiknya melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di bawah tajaan IDP Australia. Akhirnya beliau berjaya merealisasikan matlamatnya dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, juga dalam bidang kejuruteraan, pada usia 29 tahun daripada The University of Queensland, Brisbane, Australia.

Seterusnya beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan, USM. Pada November 1995, atas minat beliau yang begitu mendalam di dalam bidang motivasi membuatkan beliau meletakkan jawatan sebagai pensyarah, untuk melibatkan diri sepenuh masa memberikan kursus-kursus motivasi.

Pengalaman dan latar belakang beliau, meyakinkannya bahawa ada cara yang lebih baik untuk setiap orang memprogramkan minda dan membentuk sikap agar turut mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Beliau sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah motivasi kepada para pelajar, usahawan, ibu bapa, guru-guru, kakitangan dan pekerja.

Beliau juga sering dijemput sebagai tetamu di:

  • TV3 dalam rancangan MHI, Wanita Hari Ini, Celik Hati, Bincang Petang, Al-Hidayah, Al-Kuliyyah, Halaqah, Positif Pagi dan Motivasi Pagi (lebih daripada 50 episod telah dirakamkan).
  • TV1 dan TV2 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Inspirasi Pagi (sebelum ini dalam Jendela Pagi dan Suluh Bestari), Cahaya Permata & Fitrah Kasih. TV9 dalam rancangan Muqadimah, Nasi Lemak Kopi O, Motivasi Murid dan Keluarga di TV9.
  • Astro Ria dalam rancangan Bersama Anita, Malam Ini Bersama Linda di Malam Ini Z&R, Selami Jiwa bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadilah Kamsah, dan Primadona.
  • Beliau pernah muncul setiap minggu (hari Selasa) selama 8 bulan dalam rancangan bual biacara Awani Pagi di Astro Awani membincangkan topik-topik berkaitan Kekeluargaan dan Keibubapaan (Parenting).
  • Beliau dilantik sebagai konsultan dan guru motivasi bagi program realiti di Astro Ria iaitu MISI 12. Program ini bertujuan memberikan peluang kedua kepada dua belas orang remaja yang tercicir.
  • Beliau telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar Public Speaking (Mualim) bagi peserta program realiti Imam Muda musim ketiga di Astro Oasis.
  • Beliau juga terlibat sebanyak dua belas (12) episod dalam rancangan ‘Soup For The Soul’ di NTV7.
  • TV Bernama dalam Rancangan Helo Malaysia, dan terkini dalam Rancangan Nine-11 di Bernama News Channel.
  • TV Al-Hijrah dalam rancangan Bicara, Assalamulaikum dan Misteri Alam Melayu dan Kes Akidah.
  • RMKL, Radio 1, Radio Perak FM, Radio IKIM FM (Rancangan Permata Hati) dan dalam Segmen ‘Dimensi Diri’ di Radio 24 Bernama.
  • Beliau kini adalah panel penulis bagi Majalah ANIS, Maskulin, Harmoni, Murshid dan Harian Metro dan kolumnis ruangan Buka Minda Bersama Dr. Tengku Asmadi di akhbar Mingguan Malaysia.
  • Beliau juga sering pernah menulis di majalah-majalah seperti Mingguan Wanita, FOKUS, iluvislam, RAPI, Majalah-1, Variasi, Wawancara, Feminin, Majalah Ibu Bapa, Cermin, Mingguan Perdana, Inspirator, Berita Harian, Kosmo dan sebagainya.
  • Beliau juga merupakan Penulis Bestseller di syarikat penerbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. dan Utusan Karya Sdn. Bhd. Beliau telah menulis lima buah buku berjudul Motivasi Alihan Pelajar, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif, MAP Gaya Smartstudy, Pikat Remaja Dengan Kata-kata, Sehati Sejiwa (sebuah buku kekeluargaan), dan terbaru buku Motivasi Anak Pintar – Power Parenting terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Beliau boleh dihubungi melalui:

E-mel: drasmadi@maptraining.com.my

Facebook: www.fb.com/drasmadi

Instagram:  www.instagram.com/drtengkuasmadi

Telefon : +6013 – 433 4622

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s